Rabu, 5 November 2008

SEJARAH PERKEMBANGAN SENI TAMPAK MALAYSIA

Perkembangan seni lukis moden Malaysia bukan sahaja menggambarkan peralihan pandangan dalam seni lukis malahan ia sebenarnya megambarkan perubahan dan perkembangan idea dan pandangan yang berlaku dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik kita. Sebagai contohnya pengaruh pemikiran islam yang pada satu ketika mewarnai gaya seni lukis jelas mengambarkan situasi ketika itu, ideologi Islam sedang berkembang dalam negara yang turut berubah dari segi sosial, ekonomi dan politik. Apakala perubahan ideologi bertukar ganti, terlihat pula bagaimana perubahan kepada gaya karya yang lebih berbentuk hebahan atau propaganda telah bertapak dalam ekspresi artistik kita.Dalam penyiapan peragaan pameran seni lukis Malaysia terdapat tiga perkara yang perlu difahami untuk menggambarkan sejarah seni lukis Malaysia. Aplikasi penyampaian mesej pensejarahan ini harus dibuat mengikut tahun atau secara kronologi. Pertamanya, era dimana seni lukis ketika itu lebih mirip ke gaya lukisan barat mungkin pada zahirnya bentuk dan idea tidak ditiru tapi karya-karya ini menerap nilai kesenian barat. Maka lukisan-lukisan yang dihasilkan ketika ini adalah terdiri dari lukisan lanskap bermedia cat air dan cat minyak, portret, lukisan alam benda dan abstrak. Apabila media batik diperkenalkan arah tuju seni lukis telah beralih kepada bentuk formalisma - penghasilan karya yang berlandaskan estetika. Lukisan-lukisan lebih berbentuk pemandangan tempatan dan gambaran cara hidup di Malaysia ketika itu. Subjek tempatan yang dipilih ini dikatakan sebagai lambang atau identiti "KeMalayaan" atau KeMalaysiaan" malah lukisan abstrak juga telah diilhamkan dari nilai-nilai fizikal malahan spiritual dan psikologi tempatan dan serantau. Dalam lewat tahun 50'an dan 60'an telah berlaku konflik dan tegangan dalam seni akibat dari perbalahan pengakuan superioriti dan dominasi oleh pengamal lukisan abstrak dan ekspresionistik. Justeru dalam situasi ini bagi yang mengamal dan meminati lukisan realisma rasa tercabar dan telah bangkit menunjukan reaksi telah dipinggirkan.Dalam tahun 60'an terlihat pemilihan gaya abstrak yang lebih formalistik dan berbentuk individualistik. Situasi ini memberi perandaiaan bahawa gaya 'avant-garde' yang dipelopori oleh Abstrak Ekspresionisma Amerika telah diberi penghargaan. Malahan seolah-olah telah diterima bahawa gerakan seni lukis moden Malaysia adalah bergandingan dengan gerakan seni lukis barat yang ketika itu dipengaruhi oleh paradigma estetika yang sama. Bentuk kedua pandangan dan idea artistik memperlihat persoalan isu identiti atau "KeMalaysiaan". Dalam keadaan di mana gerakan senilukis yang masih berkiblatkan perkembangan seni lukis barat, karya-karya telah mula memasukkan intipati dan perlambangan dari budaya tempatan dan etnik. Sensitiviti ini telihat antara tarikh 13 Mei 1969 dan era Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Namun perkembangan formalistik ketika itu tidak dapat dan sukar menerima pengkaryaan yang menggabungkan unsur-unsur motif tempatan dengan ekspresi moden. Pascal May 1969 mempelihatkan kesedaran terhadap persoalan identiti. Krisis ini pada sesetengah menganggap kerosakan pada identiti yang sukar dipulihkan tetapi majoritinya memberi unjurun baru bahawa pembentukan identiti baru harus dibuat secepat yang mungkin. Malahan identiti baru itu perlu berdasarkan realiti budaya dan sosial yang mirip Malaysia: May 1969 menjadi satu tanda akhirnya zaman ketulusan. Tahun 70'an membawa kita ke era proses pemulihan yang dipengaruhi paradok dan persekitaran. Malahan di dekad ini karya-karya yang dihasilkan menyampaikan luahan ini dalam keadaan begitu kritikal yang tidak pernah dilihat sebelumnya.Kategori yang terakhir yang berada di sekitar dekad ke 80'an dan 90an memperlihat cubaan yang serius untuk meneruskan penerapan kecirian "nasional" atau "keaslian" seni lukis moden Malaysia. Cubaan ini dimulai oleh faktor Islam, etnik dan budaya yang pada masa yang sama dengan tanpa disedari telah termasuk dalam pascal modernis yang ada hubung kait dengan seni lukis barat. Pelbagai media baru dan lama telah digunakan antaranya seni instalasi, seni video dan seni persembahan. Di sini juga jelas terlihat karya-karya abstrak dan figuratif telah kembali bertapak sementara peningkatan dalam pengkaryaan seni arca pelbagai media amat baik yang barangkali pada satu ketika tidak lansung kelihatan.Pelukis muda yang berada sekitar tahun 80'an dan awal dekad baru rata-rata menghasilkan karya-karya yang diluar kecirian seni lukis konvensional tanpa dipisahi dan tidak lagi terikat pada media, bahan dan proses berkarya. Dalam kecirian "Paskal Modernis" pelukis-pelukis ini bukan hanya menggambarkan keyakinan mereka dalam pengolahan isu-isu dan permasalahan sosio-budaya semasa yang sangat luas, malahan mereka juga menerapkan nilai-nilai dari paradigma barat yang kritikal dalam menghujah persoalan-persoalan. Akhirnya, atas kesedaran inilah akuan terhadap penerapan nilai pandangan seni yang alternatif ini perlu diteruskan dan patut disokong.

Seni lukis Malaysia Tahun 90-an menampakkan Eksperimentasi terhadap hal benda tetap diteruskan oleh pelukis-pelukis diransang oleh difinisi yang terbuka. Ini adalah pengaruh barat yang masuk secara terus-menerus melalui media massa dan internet. Pengaruh itu boleh disimpan dengan kata-kata inggeris “The finest of art is the artist self” inilah yang membangkitkan semangat individualisme yang menyebabkan kurangnya orang berpersatuan. Suka berkarya sendiri-sendiri, Persatuan Seni lukis Malaysia hidup segar mati tak mahu.

Kerajaan memberikan perhatian kepada perkembangan seni lukis moden Malaysia sepanjang dekad ini. Kometmen tersebut dapat dilihat daripada kedudukan Balai Seni Lukis Negara (BLSN) yang indah raganya di sebuah banglo dua tingkat di 109 Jln Ampang, Kuala Lumpur yang dibuka pada 27 Ogos 1958, iaitu hampir setahun selepas merdeka. Bila koleksi bertambah, maka BLSN berpindah ke Hotel Majestik, No 1 Jln Hisyamuddin di hadapan stesen kereta api pada 21 May 1984. Hotel itu direnovasi sehingga cukup dewan pameran. BLSN menyediakan satu galeri khas disebelah bangunan dinamakan Pusat Kreatif. Di sinilah pelukis tempatan diberipeluang untuk mengadakan pameran solo atau berkumpulan. Ramai pelukis baru mendapat pendedahan berpameran di geleri ini seperti Siti Zainun Ismail, Abdul Ghani Ahmad, Sang Jis Mat Jan, dan Lee Kian Seng. Disebabkan tempat ini tiada medan letak kereta sehingga sukar didatangi pelawat, maka tempat baru didirikan di Jln Temerluh of Jln Tun Razak, BSLN berpindah ke situ pada 25 Sept 2000.

Peranan syarikat rokok antarabangsa iaitu Filiph Morist juga menyumbang kearah memapankan seni lukis moden Malaysia sejak tahun 1994. Pencarian bakat muda disuburkan dan karya pemenang-pemenang kemudian ditandingkan dalam pameran peringkat Asia dengan hadiah yang lebih lumayan iaitu 15,000 USD. Antara pemenang pada tahun 1995 ialah Fauzan Omar dengan karyanya Certificate of Fitness dan Hasnul Jamal Saidon dengan karya Mergin Mirror on the Wall. Antara lima pemenang pada tahun 1996 pula ialah Chuah Chong Yong dengan karyanya Freewall Building For Sale, Fatimah Chik dengan karyanya Unity in Harmony dan Fadzil Idris dengan karyanya Rumahku Syurgaku. Antara pemenang pada tahun 1999 pula ialah Wong Woen Lee dengan karya Sang Pari Gotten.

Pencarian identity terus menjadi isu untuk pelukis-pelukis. Suasana budaya seperti mengislamkan ilmu, pertandingan tulisan khat di peringkat negeri dan kebangsaan, pertandingan menulis esei dan cerpen berunsur Islam anjuran surat khabar dan Jabatan Perdana Menteri itu terus menghangatkan isu identiti maka timbullah konsep mengislamkan seni, merasa terdesak BSLN mulai membeli karya seni khat oleh Omar Basari yang ditulis pada tahun 1980 lagi.

BSLN mengadakan pameran besar-besaran bertajuk Kemelaysiaan Seni Lukis Malaysia: Soal Identiti dan meminta Dr. Zakaria Ali sebagai kuratornya. Dalam catalog pameran itu, Zakaria Ali menyarankan bahawa identiti Malaysia adalah terletak pada Kepelbagaian tradisi seninya dan bukan kepada mana-mana satu seni yang tunggal. Ini berdasarkan koleksi yang terdapat dalam BSLN sendiri yang mencerminkan selera masyarakat yang boleh menerima khat Islam, arca figura besi, ukiran figura kayu dan topeng oleh orang asli, tembikar oleh orang cina, berbagai cetakan dan juga installation art.

Pada tahun bulan Jun 2003 ArtGrup Penang telah ditubuhkan oleh pelukis-pelukis seperti Yeong Seak Ling, Yuen Chee Ling, Dr. Zakaria Ali, Ch’ng Huck Theng dan Hon Yin atas kepercayaan bahawa perlunya melipatgandakan usaha dan mengadakan pameran yang berkualiti kepada peminat seni di rantau ini.

Untuk mencapai tujuan tersebut, ArtGrup Penang telah menjemput Khoo Sui-Ho, Tan Lye Hoe, Chuah Siew Teng dan Chong Hong Fatt untuk turut serta. Dengan andaian untuk mendirikan satu pameran yang berkualiti, karya mesti terlebih dahulu mempunyai kualiti yang diinginkan. Sememangnya kumpulan ini mengutamakan anggotanya yang menghasilkan karya yang origenal dan kreatif.

Dalam pameran pertama yang kumpulan ini anjurkan, mereka mengambil tema Northen Vantage 11 Malaysian Artist sebagai penyebut sepunya kepada gabungan 11 pengiat seni yang mempunyai gaya yang berbeza-beza. Apa yang menyatukan pelukis-pelukis ini ialah kometmen mereka untuk mengangkat martabat seni Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Kesimpulannya, baik atau buruk satu karya itu adalah bergantung kepada usaha dan kometmen yang ditunjukkan oleh para pelukis yang terlibat. Jelas kepada kita bahawa apa yang dinyatakan oleh Dr. Zakaria Ali hampir 10 tahun lalu tentang Seni Lukis Malaysia yang menggunakan kepelbagaiannya sebagai sesuatu kelainan masih relevan. Perkembangan seni di Malaysia akan terus berkembang pada masa akan datang seandainya kometmen kita terhadap bidang ini diteruskan. Mungkin benar seperti yang disarankan oleh Dr. Zakaria Ali bahawa kita harus mengakui tiada lagi aliran baru yang menjadi teras Seni Lukis Malaysia sebaliknya akur bahawa kepelbagaian aliran di kalangan pelukis-pelukis kita adalah sesuatu yang boleh dijadikan keunikan seni lukis Malaysia pada zaman ini.

Oleh: Arash

Bibliografi

1. NORTHERN VANTAGE : 11 Malaysian Artists (ArtGrup Penang). Zakaria Ali, editor. MarketSource Publishing Sdn.Bhd 2006.
2. Zakaria Ali. (1989) Seni dan Seniman. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. http://www.hmetro.com.my/
4. http://websekolah.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dekor

Ahad, 1 Jun 2008

Kampungku

Tahun lepas saya sempat mengadakan sukanika sempena sambutan Hari Raya di kampung halaman saya yang baru TARAPULI. Inilah aturcaranya..

Sambutannya amat memberansangkan, apa tidaknya..ini adalah pertama kali acara seumpamanya dianjurkan di sini (hanya selepas saya dan keluarga berpindah ke sini 3 tahun lepas)

Tapi sayang, kampung yang mundur ini banyak potensinya..Remajanya memberi kerjasama yang baik semasa perjalanan sukanika ini. Diakui saya tidak mampu menjayakannya tanpa bantuan daripada mereka.

Kadang-kadang, rindu juga kampung lama (Pulau Bait, Semporna) di sanalah saya memulakan segalanya. Mungkin satu hari saya akan bawakan kepada anda kehidupan di sana pula..banyak kenangan manis dan pahit.



Acara makan pisang...Mamat ni..sempat posing..Apa agaknya yang dia sedang perhatikan tu ya?...


Cepat makan..pertandingan ni..memang menguntungkan. Sapa makan banyak dia dapat hadiah. Bukankah itu menguntungkan..


Yang ini pula, sedang bersiap sedia untuk acara lempar telur.


Juara bertahan..acara anyam ketupat. Tapi kalau anda ada pada masa pertandingan ini berjalan anda akan setuju dengan pendapat saya. Juara bertahan ini tewas kerana terlalu yakin..hehehe!



Wau..jejaka tampan dan sasa! Ini adalah antara pasukan bola tampar yang bertanding pada tahun lepas (2007)




Ini pula foto yang menunjukkan budak kampung sedang berlagak hensom di bawah sepohon rambutan. Lihat, di belakang itu adalah semak samun, tapi kini ia telah berubah menjadi jalan raya yang memberi manfaat yang agak besar kepada kita (penduduk kampung Tarapuli). Diharap, Y.B Dato Hj. Nasir Sakaran selaku wakil rakyat kami dapat merubah jalan ini kepada jalan berturap dalam masa terdekat ini Insyallah...



Ini Hasil kerja saya semasa saya bergelar pelajar U dulu..


Ini pun karya agung daripada saya juga..






Ini pula hasil karya saya sempena projek akhir di USM dulu.


Ini pun projek akhir saya juga. kedua-dua lukisan ini telah dipamerkan di Galeri Adiwarna USM Penang pada 2006. Nak cakap besar sikit..."Saya telah mendapat markah A untuk projek akhir ini. Tapi, bukan ini saja...untuk menghasilkan catan kolaj/montaj ini, saya telah menghasilkan satu tesis yang menyokong tema catan saya iaitu " Who Causes Violence : Childrens in Iraq and Palastine"